Malaysia legislation

Section 35

of AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA 1998

Seksyen 35

Ses atas keluaran kelapa sawit

(2)

Kecuali setakat yang diperuntukkan selainnya dalam mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), ses yang dikenakan melalui perintah itu hendaklah, bagi maksud pemungutannya dan bagi penguatkuasaan pemungutannya, disifatkan sebagai suatu duti kastam di bawah Akta Kastam 1967 [Akta 235].

(3)

Perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan amaun, kadar dan cara pungutan yang berlainan bagi jenis atau gred keluaran kelapa sawit yang berlainan berhubungan dengan orang yang berlainan atau golongan orang yang berlainan.

(4)

Seseorang yang tidak atau enggan membayar apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh kali amaun ses yang kena dibayar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(5)

Amaun apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang terhadapnya ses itu dikenakan dan boleh dibawa guaman terhadapnya dan didapatkan di dalam mana-mana mahkamah atas guaman Lembaga.

(6)

Permulaan prosiding di bawah seksyen ini tidak boleh melepaskan mana-mana orang daripada liabiliti untuk membayar apa-apa ses yang baginya dia bertanggungan atau mungkin bertanggungan atau daripada liabiliti untuk membuat apa-apa penyata yang dia dikehendaki membuatnya oleh Akta ini.

(7)

Tanpa menjejaskan subseksyen (5), mahkamah yang di hadapannya seseorang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah

*CATATAN—Mana-mana perundangan subsidiari yang telah dibuat oleh Menteri sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini diisytiharkan telah dibuat dengan sah dan menurut undang-undang walau apa pun subseksyen 35(1) Akta ini tidak mengandungi perkataan “orang atau golongan orang”–lihat subseksyen 2(2) dan seksyen 3 dan 4 di bawah Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pindaan)

2004 [Akta A1222] yang memperuntukkan pengesahan perundangan subsidiari Akta yang dimansuhkan dan pengesahan ses.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia 31

subseksyen (4) boleh memerintahkan orang itu membayar kepada

Lembaga jumlah amaun ses yang diperakui oleh pegawai kewangan

Lembaga sebagai kena dibayar oleh orang itu pada tarikh sabitan itu.

(8)

Ses yang kena dibayar di bawah subseksyen (7) hendaklah, bagi maksud pemungutannya, disifatkan sebagai suatu denda dan hendaklah didapatkan mengikut seksyen 283 Kanun Tatacara

Jenayah [Akta 593].

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

Section 35 — MALAYSIAN PALM OIL BOARD ACT 1998 | mylaw.my