Malaysia legislation

Section 47

of AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA 1998

Seksyen 47

(a)

menggeledah dan menyita apa-apa keluaran kelapa sawit, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dengan semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai perlakuan kesalahan itu;

(b)

mengambil sampel apa-apa keluaran kelapa sawit atau benda yang dijumpai dalam premis itu bagi maksud menentukan, dengan ujian atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan; dan

(c)

membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dijumpai di premis itu.

(2)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersamanya orang dan kelengkapan lain sebagaimana yang difikirkannya perlu.

(3)

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu berbuat sedemikian,—

(a)

memecahkan apa-apa pintu luar atau dalam premis dan masuk ke dalam premis itu;

(b)

masuk secara paksa ke dalam premis itu dan tiap-tiap bahagian premis itu;

(c)

memindahkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pemindahan sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melakukan;

dan

(d)

menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di premis itu sehingga tempat itu telah digeledah.

(4)

Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak munasabah untuk memindahkan apa-apa keluaran kelapa sawit, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak keluaran kelapa sawit, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu dalam premis atau dalam bekas yang di dalamnya ia dijumpai.

(5)

Seseorang yang, tanpa kuasa sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (4) atau

36

Undang-Undang Malaysia memindahkan keluaran kelapa sawit, kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang dilak atau cuba berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Penggeledahan tanpa waran

Section 47 — MALAYSIAN PALM OIL BOARD ACT 1998 | mylaw.my