Malaysia legislation
Section 56
Seksyen 56
Pelucuthakan atau pelepasan keluaran kelapa sawit, dsb., yang disita
(2)
Mahkamah hendaklah memerintahkan pelucuthakan keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam perlakuan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.
(3)
Jika tidak ada pendakwaan akan dimulakan berkenaan dengan apa-apa keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau apa-apa kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini, pegawai diberi kuasa yang dalam penjagaannya ia dipegang hendaklah memberitahu orang yang daripadanya keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu disita tentang hakikat itu dan tentang peruntukan seksyen 57.
(4)
Notis di bawah subseksyen (3) hendaklah bertulis dan hendaklah dihantar ke alamat terakhir diketahui orang yang berkenaan.
(5)
Jika tiada tuntutan dibuat di bawah seksyen 57 dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis yang disebut dalam subseksyen (3), keluaran kelapa sawit atau hasil penjualannya, atau kenderaan, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita hendaklah diambil dan disifatkan dilucuthakkan apabila tempoh itu tamat.
Tuntutan bagi keluaran kelapa sawit, dsb., yang disita