Malaysia legislation

Section 76

of AKTA LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA 1998

Seksyen 76

Perlindungan pemberi maklumat

(2)

dan (3), tiada saksi dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah boleh dikehendaki atau dibenarkan menzahirkan nama atau alamat pemberi maklumat atau isi maklumat yang diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat diketahui.

(2)

Jika apa-apa buku, rekod atau dokumen yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan pemberi maklumat diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan supaya semua perenggan sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadamkan hanya setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat daripada diketahui.

(3)

Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini mahkamah selepas siasatan penuh tentang kes itu mempercayai bahawa pemberi maklumat dengan sengaja membuat dalam aduannya suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak percaya adalah benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dibuat sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa mengetahui pemberi maklumat, mahkamah boleh menghendaki pengemukaan aduan asal, jika bertulis, dan membenarkan siasatan dan menghendaki penzahiran sepenuhnya, berkenaan dengan pemberi maklumat itu.

Kuasa untuk membuat pengecualian

Section 76 — MALAYSIAN PALM OIL BOARD ACT 1998 | mylaw.my