Malaysia legislation
Section 83
Seksyen 83
Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan bekerja yang wujud sebelum hari ditetapkan dan yang menyentuh apa-apa harta yang dipindahkan di bawah seksyen 82 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau memihak kepada Lembaga dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah, sebagai ganti Lembaga-Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga-Lembaga dibubarkan
Lembaga Minyak Sawit Malaysia 53
atau Institut dibubarkan, Lembagalah yang dinamakan dalamnya atau menjadi pihak kepadanya.