Malaysia legislation
Section 89
Seksyen 89
Lembaga Minyak Sawit Malaysia 55
(2)
Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebelum hari ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga-Lembaga dibubarkan atau
Institut dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga-Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap
Lembaga-Lembaga dibubarkan, Institut dibubarkan atau orang sedemikian jika Akta ini tidak diperbuat.
(3)
Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran merayu yang dipohon pada atau selepas hari ditetapkan terhadap suatu keputusan yang diberikan sebelum hari itu dalam apa-apa prosiding undang-undang yang kepadanya Lembaga-Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan menjadi pihak bolehlah dibawa oleh atau terhadap Lembaga.
Sebutan dalam undang-undang atau dokumen mengenai
Lembaga-Lembaga dibubarkan dan Institut dibubarkan