Malaysia legislation
Section 29
of *AKTA PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA 2011
Seksyen 29
(2)
Suatu perintah bagi pelucuthakan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain, hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain itu merupakan hal perkara bagi atau digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.
(3)
Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain yang disita di bawah Akta ini, tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis.
(4)
Notis yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah menunjukkan bahawa—
Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 31
(a)
tiada pendakwaan berkenaan dengan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain itu;
(b)
tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain itu, hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis itu melainkan jika sebelum tarikh itu suatu tuntutan baginya telah dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (5), (6) dan (7).
(5)
Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain yang disebut dalam subseksyen (3)
dan bahawa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain itu tidak boleh dilucuthakkan boleh dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberikan notis bertulis kepada pegawai penguat kuasa yang dalam miliknya tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain itu dipegang bahawa dia menuntut tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain itu.
(6)
Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (4) diterima, pegawai penguat kuasa itu hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada
Majistret.
(7)
Majistret yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain itu dan orang yang daripadanya ia disita hadir di hadapannya, dan apabila mereka hadir atau tidak hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 728
(8)
Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain yang disebut dalam subseksyen (7) merupakan hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, Majistret itu hendaklah memerintahkan supaya tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.
(9)
Mana-mana tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah dilupuskan mengikut cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.
Pelepasan tumbuhan, binatang, karkas, dsb., yang disita