Malaysia legislation

Section 36

of *AKTA PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA 2011

Seksyen 36

Mana-mana orang yang—

(a)

mengamang, menghalang, menyekat atau mengganggu mana-mana pegawai penguat kuasa dalam pelaksanaan kuasanya di bawah Akta ini;

(b)

mengambil balik atau berusaha untuk mengambil balik mana-mana tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran

Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 35

pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain yang disita di bawah Akta ini; atau

(c)

sebelum atau selepas apa-apa penyitaan menyebabkan kehilangan, atau merosakkan atau memusnahkan mana-mana tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain itu untuk menghalang penyitaannya atau penyimpanan selamat tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Section 36 — MALAYSIAN QUARANTINE AND INSPECTION SERVICES ACT 2011