Malaysia legislation

Section 46

of *AKTA PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA 2011

Seksyen 46

Pengkompaunan kesalahan

(2)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

(3)

Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran di bawah subseksyen (1) tidak dibayar dalam masa yang ditetapkan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh

Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(4)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen

(1)

, tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat.

(5)

Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, mewakilkan fungsi dan tugasnya di bawah seksyen ini kepada mana-mana pegawai penguat kuasa tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut, tetapi perwakilan di bawah subseksyen ini tidak menghalang

Ketua

Pengarah daripada melaksanakan atau menjalankan fungsi dan tugas yang telah diwakilkan.

Permulaan pendakwaan

Section 46 — MALAYSIAN QUARANTINE AND INSPECTION SERVICES ACT 2011