Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(a)
jika dia mati;
(b)
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan-
(i)
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii)
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah: atau
(iii)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama tempoh yang melebihi dua tahun;
(c)
jika dia menjadi bankrap;
(d)
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
(e)
jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau dalam hal
Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri;
(f)
sekiranya perletakan jawatannya diterima oleh Menteri;
atau
(g)
jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.
(2)
Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota oleh sebab
Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 19
mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan yang terpakai.
Ketidakbertanggungan anggota Lembaga