Malaysia legislation
Section 39
Seksyen 39
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
(2)
Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Lembaga hendaklah mengemukakan kepada
Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi aktiviti penyelidikan dan kemajuan) bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; dan Menteri hendaklah, sebelum permulaan tahun yang berikutnya, memberitahu Lembaga mengenai amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.
(3)
Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada
Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang termasuk dalamnya.
Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 39
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980