Malaysia legislation
Section 41
Seksyen 41
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan, meminjam, pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma mengenai masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Lembaga bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya.