Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA LEMBAGA GETAH MALAYSIA (PERBADANAN) 1996

Seksyen 4

(a)

untuk melaksanakan dasar dan program pembangunan untuk memastikan pembangunan industri getah Malaysia;

(b)

untuk memajukan dan melaksanakan aktiviti penyelidikan dan kemajuan dalam pengeluaran, pemakaian dan penggunaan getah;

(c)

untuk merancang, menyelaras dan mengawasi segala aktiviti penyelidikan dan kemajuan getah;

(d)

untuk mengawal selia industri getah, khususnya berhubungan dengan urusan mengenai getah, pembungkusan, penggredan, perkapalan dan pengeksportan getah;

(e)

untuk mengawal dan mengawasi kualiti getah, bahan penanaman getah dan keluaran getah;

(f)

untuk membangunkan, memindahkan, mengeksploitasikan dan memajukan dapatan penyelidikan;

(g)

untuk mengadakan perkhidmatan teknikal, penasihat dan perunding bagi industri getah;

(h)

untuk mentadbir dan menguruskan Kumpulan Wang;

(i)

untuk mengawal selia pasaran getah Malaysia dan menguruskan Pasaran Getah Malaysia;

(j)

untuk merumuskan dan melaksanakan strategi pemasaran antarabangsa bagi industri getah Malaysia;

(k)

untuk berhubung dan bekerjasama dengan agensi getah di dalam atau di luar

Malaysia untuk selanjutnya memperkukuhkan industri getah Malaysia;

(l)

untuk merancang dan melaksanakan latihan sumber manusia selaras dengan keperluan industri getah;

14 Undang-undang Malaysia AKTA 551

(m)

untuk menjadi pusat sumber dan maklumat bagi industri getah; dan

(n)

untuk menerbitkan atau menaja penerbitan berkala, buku kecil dan bahan maklumat lain.

(2)

Lembaga hendaklah mempunyai kuasa—

(a)

untuk mengaku janji dan menyelaraskan aktiviti berhubungan yang dengan penyelidikan dan kemajuan dalam pengeluaran, pemakaian, penggunaan dan pemasaran getah dan keluargan getah, dan perkhidmatan yang berkaitan dengannya;

(b)

untuk menugaskan mana-mana orang atau pertubuhan untuk menjalankan penyelidikan;

(c)

untuk menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti yang bersifat komersial yang penjalanannya didapati oleh

Lembaga adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya;

(d)

untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi penggunaan apa-apa kemudahan yang berhubungan dengan penyelidikan, penyiasatan, pengujian, nasihat teknikal atau apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh Lembaga;

(e)

untuk memperoleh melalui pembelian, bailmen, permohonan atau selainnya, apa-apa hak, keistimewaan atau lesen yang difikirkannya perlu bagi pelaksanaan fungsinya.

(f)

untuk melupuskan melalui penjualan, bailmen atau selainnya, atau mendapatkan pulangan daripada atau selainnya menguruskan apa-apa hak, keistimewaan atau lesen Lembaga;

Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 15

(g)

untuk membuat apa-apa rundingan dan perjanjian atau perkiraan yang difikirkannya patut bagi penunaian fungsinya;

(h)

untuk menganugerahkan perakuan kemahiran berkenaan dengan latihan dan yang diakreditasi;

(i)

untuk merancang, menyelaras dan mengaku janji apa-apa aktiviti yang difikirkannya perlu bagi maksud melindungi dan melanjutkan kepentingan industri getah Malaysia;

(j)

untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut untuk memberi kesan kepada mana-mana fungsi atau kuasanya; dan

(k)

untuk melakukan apa-apa benda lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsi dan kuasanya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

Keanggotaan Lembaga

Section 4 — MALAYSIAN RUBBER BOARD (INCORPORATION) ACT 1996