Malaysia legislation
Section 50
Seksyen 50
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen
(2)
Perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan apa-apa getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain yang disita pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya dijalankan dan suatu perintah bagi
44 Undang-undang Malaysia AKTA 551
pelucuthakan getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati sehingga mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.
(3)
Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain yang disita pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis ke alamat terakhir yang diketahui orang yang daripadanya getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain itu telah disita yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain itu, melainkan jika sebelum tarikh itu suatu tuntutan telah dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6).
(4)
Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia adalah pemunya getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa ia tidak boleh dilucuthak boleh dengan sendirinya atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberikan notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa yang memegang getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain itu bahawa dia menuntutnya.
(5)
Apabila menerima notis yang disebut dalam subseksyen (4), pegawai diberi kuasa hendaklah merujuk perkara ini kepada Majistret bagi suatu keputusan.
(6)
Majistret yang kepadanya perkara dirujukkan di bawah subseksyen (5) hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia adalah pemunya getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain itu dan orang yang daripadanya ia disita, untuk hadir di hadapan Majistret itu dan apabila mereka hadir atau apabila mereka, ingkar untuk hadir, setelah
Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 45
dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya,
Majistret itu hendaklah meneruskan pemeriksaan mengenai perkara itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, hendaklah mengarahkan supaya ia dilucuthakkan dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian mengarahkan pelepasannya.
(7)
Apa-apa getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain yang dilucuthakkan atau yang disifatkan sebagai dilucuthakkan hendaklah dihantar serahkan kepada pegawai diberi kuasa dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Majistret itu.
(8)
Jika apa-apa getah atau keluaran getah yang disita pada menjalankan kuasa yang diberikan di bawah Akta ini adalah daripada jenis yang mudah musnah atau mudah reput dengan cepat dan semulajadi atau jika penjagaan getah atau keluaran getah itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah, atau dipercayai menyebabkan halangan atau bahaya kepada orang awam,
Ketua Pengarah boleh mengarahkan supaya getah atau keluaran getah itu dijual pada bila-bila masa dan hasil jualan itu hendaklah dipegang untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini.
(9)
Lembaga tidak bertanggungan kepada mana-mana orang bagi apa-apa kemerosotan, walau apa pun sebabnya, dalam kualiti apa-apa getah atau keluaran getah yang disita di bawah Akta ini.
Harta dalam getah, dsb. yang dilucut hak