Malaysia legislation

Section 62

of *AKTA LEMBAGA GETAH MALAYSIA (PERBADANAN) 1996

Seksyen 62

(a)

menetapkan cara memohon lesen, perakuan, permit dan kelulusan di bawah Akta ini, butir-butir yang hendaklah dikemukakan oleh pemohon, cara melesenkan dan memperakukan, fi yang kena dibayar mengenainya, syarat atau sekatan yang hendak dikenakan dan borang atau borang-borang bagi lesen, perakuan, permit dan kelulusan;

(b)

menetapkan piawaian memproses dan kaedah memelihara, menggredkan atau membungkus getah dan keluaran getah, termasuk menetapkan tanda yang hendaklah dicapkan atau selainnya ditulis pada getah yang dibungkus untuk eksport;

(c)

menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti oleh pengeksport dalam mengeksport getah dan keluaran getah;

50 Undang-undang Malaysia AKTA 551

(d)

mengadakan peruntukan bagi penyelenggaraan piawaian perlakuan yang sewajarnya yang sesuai dalam menjalankan dagangan getah dan industri getah dan bagi menguruskan pelanggaran piawaian itu;

(e)

menetapkan tatacara yang hendak diikuti untuk mentadbir

Kumpulan Wang;

(f)

menetapkan borang bagi maksud Akta ini;

(g)

menetapkan fi dan caj yang kena dibayar di bawah Akta ini dan cara memungut kutipan dan membayar ganti fi itu;

(h)

mengadakan peruntukan bagi mengawal selia semua atau mana-mana aktiviti Lembaga dan secara amnya bagi pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Lembaga di bawah Akta ini; dan

(i)

mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dicadangkan oleh, atau perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbirannya yang sewajarnya.

(2)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1)

boleh menetapkan apa-apa tindakan yang melanggar peraturan-peraturan itu sebagai i suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pengesahan perbuatan yang dilakukan dengan menjangkakan pembuatan Akta

Section 62 — MALAYSIAN RUBBER BOARD (INCORPORATION) ACT 1996