Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Lembaga hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau perlantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun dan adalah layak untuk dilantik semula.