Malaysia legislation
Section 71
Seksyen 71
Kecualian bagi perakuan, lesen dan daftar
(a)
tiap-tiap orang yang, sebelum tarikh yang ditetapkan, memegang perakuan pendaftaran eksport yang sah yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Akta ini sebagai pengeksport sehingga tarikh tamat tempoh perakuan itu dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan di bawahnya;
(b)
tiap-tiap orang yang, sebelum tarikh yang ditetapkan, memegang perakuan yang sah untuk pembungkusan atau pengapalan getah untuk dieksport yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Akta ini sebagai pembungkus atau pengeksport, mengikut mana-mana yang berkenaan, sehingga tarikh habis tempoh perakuan itu dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan di bawahnya;
(c)
tiap-tiap orang yang, sebelum tarikh yang ditetapkan, memegang lesen yang sah untuk berniaga dalam, membungkus, menggredkan atau mengkapalkan getah yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai dilesenkan di bawah Akta ini sebagai peniaga, pembungkus, penggred atau pengapal, mengikut mana-mana yang berkenaan, sehingga tarikh tamat tempoh lesen itu dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan di bawahnya; dan
(d)
tiap-tiap orang yang, sebelum tarikh yang ditetapkan didaftarkan di bawah
Akta dimansuhkan sebagai pembungkus atau pengapal getah hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Akta ini sebagai pembungkus atau pengapal, mengikut mana-mana yang berkenaan, sehingga pendaftaran itu dibatalkan di bawah
Akta ini.
(2)
Tiap-tiap perakuan atau lesen yang menurut kuasanya seseorang disifatkan di bawah subseksyen (1) sebagai didaftarkan atau dilesenkan di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai
Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 55
dikeluarkan di bawah Akta ini; dan Lembaga boleh mengubah terma dan syarat yang dikenakan di bawah perakuan atau lesen itu bagi maksud menyelaraskannya dengan dasar Lembaga mengenai pengenaan syarat dan sekatan atas pendaftaran dan pelesenan di bawah Akta ini.
(3)
Peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pembatalan pendaftaran dan lesen hendaklah terpakai kepada semua orang yang disifatkan di bawah subseksyen (1) sebagai didaftarkan atau dilesenkan di bawah Akta ini.
(4)
Jika seseorang yang disifatkan sebagai didaftarkan atau dilesenkan di bawah Akta ini di bawah subseksyen (1) berhasrat didaftarkan atau dilesenkan di bawah Akta ini sebagai pengeksport, pembungkus, pengapal, penggred atau peniaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas habis tempoh yang baginya dia disifatkan didaftarkan atau dilesenkan di bawah
Akta ini, dia boleh memohon kepada Lembaga untuk didaftarkan atau untuk diberikan lesen atau permit mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, walau apa pun apa-apa yang berlawanan, dan permohonannya hendaklah dibuat dan dianggap sebagai suatu permohonan baru dan bukan sebagai suatu permohonan bagi pembaharuan pendaftaran, lesen atau permit.
(5)
Semua daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah
Akta dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai daftar yang disimpan dan disenggarakan di bawah Akta ini dan hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripadanya.
Penerusan permohonan dsb. yang belum selesai