Malaysia legislation
Section 73
Seksyen 73
(2)
Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kuasa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebelum tarikh yang ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak
Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga sebagaimana yang ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga dibubarkan,
Institut dibubarkan atau orang sedemikian jika Akta ini tidak diperbuat.
(3)
Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran merayu yang dipohon pada atau selepas tarikh yang ditetapkan terhadap suatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh itu dalam apa-apa prosiding undang-undang yang kepadanya Lembaga dibubarkan atau Institut dibubarkan menjadi pihak boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga.
Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 57
Sebutan dalam undang-undang atau dokumen mengenai
Lembaga dibubarkan dan Institut dibubarkan