Malaysia legislation

Section 14

of AKTA PASARAN GETAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1962

Seksyen 14

Adalah sah bagi Perbadanan untuk membuat kaedah-kaedah, yang selaras dengan Akta ini—

(a)

untuk menetapkan borang permohonan bagi keanggotaan;

(b)

untuk mengawal selia pemilihan anggota dan untuk menetapkan fi kemasukan dan yuran;

(c)

untuk membentuk dan menentukan pelbagai kategori atau kelas anggota dan untuk menentukan hak, keistimewaan dan obligasi anggota dan setiap kategori dan kelas itu masing-masing;

(d)

untuk mengadakan peruntukan bagi penggantungan, pembatalan atau penamatan keanggotaan;

(e)

untuk mengawal selia penyenggaraan piawaian pengendalian yang sepatutnya dalam menjalankan perdagangan getah dan untuk membuat urusan mengenai pelanggaran yang sama itu;

(f)

(dimansuhkan oleh Akta A959);

(g)

untuk mengadakan peruntukan bagi kuasa dan kewajipan

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi;

(h)

untuk mengadakan peruntukan bagi memanggil dan menjalankan mesyuarat Perbadanan;

(i)

untuk mengadakan peruntukan bagi pelantikan seorang

Setiausaha dan pegawai lain Perbadanan;

(j)

untuk mengadakan peruntukan bagi penyimpanan, pengauditan dan pembentangan akaun;

(k)

untuk memberi kuasa kepada Lembaga untuk membuat undang-undang kecil sebagaimana yang suai manfaat; dan

(l)

bagi apa-apa maksud lain sama ada yang serupa jenis yang terdahulu atau tidak, perlu atau suai manfaat dalam atau mengenai pengurusan Perbadanan atau bagi melaksanakan mana-mana tujuan Perbadanan.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 402

Section 14 — MALAYSIAN RUBBER EXCHANGE (INCORPORATION) ACT 1962