Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
Pasaran Getah Malaysia (Pemerbadanan)
(a)
berupa sebagai suatu kontrak atau perjanjian bagi penjualan atau pembelian getah;
(b)
dalam suatu bentuk yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah atau undang-undang kecil; dan
(c)
dibuat oleh mana-mana orang dengan atau melalui agensi seorang Anggota.
(2)
Seksyen 31 Akta Kontrak 1950 [Akta 136], dan seksyen 26
Akta Undang-Undang Sivil 1956 [Akta 67], tidak terpakai bagi apa-apa kontrak atau perjanjian yang termasuk dalam subseksyen (1).
(3)
Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada kontrak atau perjanjian yang termasuk dalam subseksyen (1) boleh menyalahi undang-undang atau tidak sah atas alasan bahawa pihak-pihak kepada kontrak atau perjanjian itu atau mana-mana daripada mereka tidak pada masa membuat kontrak atau perjanjian itu memegang atau memiliki apa-apa lesen atau permit untuk menjual, membeli atau selainnya untuk berurusan tentang getah, yang pemegangan atau pemilikannya dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 402
Kecualian