Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(2)
Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Perbadanan.
(3)
Perbadanan boleh membuat kontrak, boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya dan boleh memperoleh, membeli, memajak, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap perihalan harta alih dan tak alih, dan boleh menjual, menukar, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaijanjikan,
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 402
mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau selainnya melupuskan atau membuat urusan mengenai apa-apa harta alih dan tak alih yang terletak hak padanya atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya patut.
(4)
Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang menghendaki meterai Perbadanan hendaklah dimeteraikan dengan meterai Perbadanan menurut suatu ketetapan Lembaga yang bermaksud sedemikian di hadapan Pengerusi atau Timbalan
Pengerusi atau seseorang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga untuk bertindak bagi maksud itu dan di hadapan Setiausaha, yang hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen atau surat cara itu yang padanya meterai itu dicapkan, dan penandatanganan itu hendaklah, tanpa pengakusaksian lanjut, menjadi keterangan yang mencukupi bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sempurna dan sepatutnya dan bahawa meterai itu ialah meterai Perbadanan yang sah.
Pejabat