Malaysia legislation

Section 6

of AKTA PASARAN GETAH MALAYSIA (PEMERBADANAN) 1962

Seksyen 6

Tujuan yang baginya Perbadanan diperbadankan adalah:

(a)

untuk menggalakkan, menyokong, membangunkan dan menyenggarakan industri getah amnya, secara khusus berkenaan dengan kepentingan nasional Malaysia dan individu dalamnya, dan dengan tujuan itu dengan matlamat untuk mewujudkan suatu pasaran di Malaysia bagi penjualan dan pembelian getah dan untuk membuat pengaturan dan kaedah-kaedah sebagaimana yang difikirkan wajar bagi penjalanan sepatutnya perdagangan dan perusahaan dalam dan bagi pemasaran dan pengedaran getah, dan bagi maksud itu untuk menjamin bahawa perdagangan, pemasaran dan pengedaran itu hendaklah setakat yang mungkin dijalankan melalui pasaran yang ditubuhkan oleh, dan di bawah pengaturan dan kaedah-kaedah dari semasa ke semasa yang dirumuskan oleh atau dengan kelulusan oleh, Perbadanan;

(b)

(Dipotong oleh Akta A959);

(c)

untuk menubuhkan dan menjalankan perniagaan

Pusat Penjelasan atau Rumah Penyelesaian atau kedua-duanya bagi memudahkan penjalanan perniagaan persaudagaran dan khususnya bagi memudahkan penjelasan dan penyelesaian kontrak bagi pembelian dan penjualan getah, dan untuk membuat dan menetapkan saraan, terma dan syarat berkenaan dengan perniagaan itu yang boleh dari semasa ke semasa ditentukan;

(d)

untuk membuat hubungan dan untuk bekerjasama setakat dan atas syarat sebagaimana yang difikirkan wajar dengan persatuan atau syarikat yang mempunyai tujuan keseluruhannya atau sebahagiannya yang serupa dengan

Perbadanan dan dengan Dewan Perniagaan dan perdagangan, persaudagaran dan badan awam lain seluruh dunia;

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 402

(e)

(Dipotong oleh Akta A959);

(f)

(Dipotong oleh Akta A959);

(g)

untuk membuat dan menguatkuasakan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan suai manfaat undang-undang kecil dan kaedah-kaedah tentang penjalanan perdagangan getah dan terma dan syarat yang atasnya perdagangan getah akan dijalankan dan untuk penyenggaraan piawaian pengendalian yang sepatutnya dalam menjalankan apa-apa perdagangan itu, dan bagi pengawalseliaan transaksi antara

Anggota dan antara Anggota dengan orang lain;

(h)

untuk memeriksa, mensampel dan menggred getah di mana-mana bahagian dunia mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan suai manfaat;

(i)

untuk bertindak sebagai penimbang tara dan untuk melantik penimbang tara dan pengadil dalam apa-apa pertikaian yang menyentuh getah atau apa-apa urusan dalamnya dan selainnya untuk membuat pengaturan bagi penyelesaian pertikaian melalui timbang tara;

(j)

untuk melantik ejen di mana-mana bahagian dunia bagi apa-apa maksud yang bersampingan dengan mana-mana tujuan Perbadanan;

(k)

(Dipotong oleh Akta A959);

(l)

(Dipotong oleh Akta A959);

(m)

(Dipotong oleh Akta A959);

(n)

(Dipotong oleh Akta A959);

(o)

(Dipotong oleh Akta A959);

(p)

(Dipotong oleh Akta A959);

(q)

(Dipotong oleh Akta A959);

Pasaran Getah Malaysia (Pemerbadanan)

(r)

(Dipotong oleh Akta A959);

(s)

untuk memperuntukkan dan memungut daripada anggota atau selainnya dana bagi maksud menjalankan atau meneruskan tujuan Perbadanan atau mana-mana daripadanya;

(t)

untuk melakukan semua perkara lain yang sah sebagaimana yang bersampingan atau berfaedah untuk pencapaian tujuan di atas atau mana-mana daripadanya.

Section 6 — MALAYSIAN RUBBER EXCHANGE (INCORPORATION) ACT 1962