Malaysia legislation

Section 12

of AKTA PERTUBUHAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI 1976

Seksyen 12

(2)

Nama dan penubuhan badan pengawalan kebangsaan itu dan prosedur yang hendaklah diikuti dalam memilih atau melantik orang untuk menjadi anggota badan pengawalan kebangsaan itu hendaklah diputuskan oleh lebih suara wakil pertubuhan seni mempertahankan diri yang mempelajari gaya seni mempertahankan diri itu, setiap pertubuhan menghantar seorang wakil sahaja.

(3)

Jika pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, sudah terdapat, berkenaan dengan mana-mana gaya seni mempertahankan diri, suatu badan pengawalan kebangsaan, badan itu hendaklah disifatkan telah ditubuhkan dan hendaklah berfungsi seolah-olah ditubuhkan di bawah Akta ini.

(4)

Jika pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terdapat, berkenaan dengan mana-mana gaya seni mempertahankan diri, lebih daripada satu badan pengawalan kebangsaan, Pendaftar boleh, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh itu melalui notis yang disampaikan kepada setiap badan itu, menghendaki mereka menubuhkan satu badan pengawalan kebangsaan.

(5)

Jika pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, tidak terdapat, berkenaan dengan mana-mana gaya seni mempertahankan diri, badan pengawalan kebangsaan atau terdapat lebih daripada satu

Pertubuhan Seni Mempertahankan Diri 11

badan pengawalan kebangsaan dan badan itu tidak menubuhkan suatu badan pengawalan kebangsaan dalam tempoh tiga bulan itu,

Menteri boleh menubuhkan suatu badan pengawalan kebangsaan yang hendaklah disifatkan sebagai badan pengawalan kebangsaan berkenaan dengan gaya seni mempertahankan diri itu.

(6)

Sesuatu badan pengawalan kebangsaan yang ditubuhkan oleh

Menteri hendaklah terdiri daripada—

(a)

tujuh orang anggota yang hendaklah dilantik oleh Menteri daripada anggota berbagai-bagai pertubuhan seni mempertahankan diri yang mempelajari gaya seni mempertahankan diri itu;

(b)

tiga orang anggota yang hendaklah dilantik oleh Menteri daripada Kementerian yang pada pendapat Menteri adalah perlu diwakili.

(7)

Adalah menjadi fungsi dan kewajipan badan pengawalan kebangsaan—

(a)

untuk mengadakan dan mengawal hal mengadakan pertunjukan dan peperiksaan;

(b)

untuk mengelaskan dan mengawal pengelasan gred dan penjalanan peperiksaan;

(c)

untuk menentukan tatakelakuan dan disiplin tiap-tiap pelajar gaya seni mempertahankan diri itu dan boleh bagi maksud itu menubuhkan badan tatatertib yang difikirkannya patut;

(d)

untuk menentukan orang yang boleh mengambil bahagian dalam majlis atau pertandingan yang dianjurkan di peringkat antarabangsa tetapi apabila membuat penentuan sedemikian hendaklah berunding dengan Kementerian yang bertanggungjawab bagi sukan;

(e)

untuk menggalakkan dan menyelaraskan aktiviti kesemua pertubuhan seni mempertahankan diri yang mempelajari gaya seni mempertahankan diri itu; dan

(f)

untuk menjalankan kesemua aktiviti yang penjalanannya didapati adalah perlu atau berfaedah bagi pemajuan gaya seni mempertahankan diri itu.

(8)

Tiap-tiap anggota sesuatu badan pengawalan kebangsaan hendaklah merupakan seorang warganegara Persekutuan dan jika

12

Undang-Undang Malaysia seseorang yang bukan warganegara telah dipilih atau dilantik, pemilihan atau pelantikannya hendaklah disifatkan sebagai tidak sah.

Pendaftaran pertubuhan seni mempertahankan diri