Malaysia legislation

Section 16

of AKTA PERTUBUHAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI 1976

Seksyen 16

Pendaftaran pengajar

(a)

dia didaftarkan sebagai seorang pengajar di bawah Akta ini;

(b)

tempat yang pengajaran dijalankan ialah suatu tempat mengajar seni mempertahankan diri atau ialah suatu tempat belajar bagi suatu pertubuhan seni mempertahankan diri;

dan

(c)

orang yang diajarkan itu ialah seorang anggota suatu pertubuhan seni mempertahankan diri.

(2)

Sesuatu permohonan bagi didaftarkan sebagai seorang pengajar hendaklah—

(a)

mengandungi nama, nombor kad pengenalan, alamat dan, jika dia bukan seorang pengajar sepenuh masa, vokasion pemohon itu;

Pertubuhan Seni Mempertahankan Diri 15

(b)

menyatakan gaya seni mempertahankan diri yang pemohon bercadang hendak mengajar;

(c)

menyatakan tempoh pembelajaran yang ditempuhi oleh pemohon, gred yang diperolehi dan pihak berkuasa peperiksaan yang mengaward grednya; dan

(d)

menyatakan tempat yang dia bercadang untuk mengajar gaya seni mempertahankan diri itu.

(3)

Pendaftar boleh, jika dia berpuas hati bahawa pemohon mempunyai kelayakan yang perlu dan ialah seorang yang layak dan sesuai menjadi seorang pengajar, mendaftarkannya sebagai seorang pengajar dan hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran dalam borang yang ditetapkan.

(4)

Tempat yang dinyatakan dalam permohonan bagi didaftarkan sebagai tempat yang pengajar bercadang untuk mengajar gaya seni mempertahankan diri hendaklah didaftarkan sebagai tempat mengajar dan tempat itu tidak boleh ditukar tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Pendaftar.

(5)

Seseorang pengajar yang didaftarkan hendaklah dari semasa ke semasa memberitahu Pendaftar secara bertulis tentang—

(a)

pertubuhan atau pertubuhan seni mempertahankan diri yang kepadanya dia ialah seorang pengajar;

(b)

jika pelajarnya, semasa mana-mana sesi mengajar di tempat mengajarnya yang didaftarkan, ialah suatu kumpulan yang dibentuk daripada orang yang merupakan anggota lebih daripada satu pertubuhan seni mempertahankan diri, nama pelajar itu, nombor kad pengenalan mereka, alamat dan vokasion mereka dan nama pertubuhan seni mempertahankan diri masing-masing yang mereka merupakan anggotanya; dan

(c)

nama orang itu yang, setelah disenaraikan di bawah perenggan (b), terhenti menjadi pelajarnya, tarikh pemberhentian itu dan gred yang diperoleh oleh orang itu.

16

Undang-Undang Malaysia

Pembatalan atau penggantungan pendaftaran pengajar