Malaysia legislation

Section 17

of AKTA PERTUBUHAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI 1976

Seksyen 17

(a)

jika dia berpuas hati bahawa pengajar itu—

(i)

telah berhenti memberi pengajaran dalam mana-mana gaya seni mempertahankan diri yang berhubungan dengan pendaftaran itu;

(ii)

telah dengan tidak sepatutnya memperoleh perakuan pengajarnya berlawanan dengan peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan di bawahnya;

(iii)

tidak lagi merupakan seorang yang layak dan sesuai untuk terus didaftarkan sebagai seorang pengajar;

atau

(iv)

melanggar atau telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan yang dibuat di bawahnya; atau

(b)

jika dia berpendapat adalah demi kepentingan awam untuk berbuat demikian.

(2)

Pendaftar hendaklah, sebelum membatalkan atau menggantung pendaftaran seorang pengajar di bawah subseksyen (1), memberi pengajar yang berkenaan suatu notis secara bertulis tentang niatnya untuk berbuat demikian, menyatakan suatu tarikh, tidak kurang daripada empat belas hari selepas tarikh notis itu, bila pembatalan atau penggantungan itu akan dibuat dan meminta pengajar itu menunjukkan sebab kepada Pendaftar mengapa pendaftaran itu tidak patut dibatalkan atau digantung.

(3)

Jika sebelum tarikh yang disebut dalam subseksyen (2), pengajar tidak menunjukkan sebab kepada Pendaftar mengapa pendaftarannya tidak patut dibatalkan atau digantung, pendaftarannya hendaklah dibatalkan atau digantung tetapi jika pengajar menunjukkan sebab, Pendaftar hendaklah memutuskan dan hendaklah memberitahu pengajar secara bertulis tentang keputusannya.

(4)

Jika seseorang pengajar, selepas menunjukkan sebab, terkilan dengan keputusan Pendaftar, dia boleh dalam masa empat belas hari selepas menerima keputusan Pendaftar itu, merayu secara bertulis kepada Menteri yang bertanggungjawab bagi pendaftaran pertubuhan dan keputusan Menteri adalah muktamad.

Pertubuhan Seni Mempertahankan Diri 17

(5)

Walaupun rayuan telah dibuat, keputusan Pendaftar hendaklah berkuat kuasa sehingga keputusan itu diakas atau diubah oleh

Menteri itu.

Sekatan mengenai mempelajari seni mempertahankan diri