Malaysia legislation

Section 21

of AKTA PERTUBUHAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI 1976

Seksyen 21

(a)

membuat permohonan bagi didaftarkan sebagai suatu pertubuhan seni mempertahankan diri; atau

(b)

selepas permohonannya, didaftarkan sebagai suatu pertubuhan seni mempertahankan diri di bawah Akta ini, hendaklah mematuhi, sebagai tambahan kepada Akta ini, peruntukan

Akta Pertubuhan 1966:

Dengan syarat bahawa tiada permohonan yang berasingan boleh dikehendaki bagi didaftarkan suatu kumpulan orang sebagai suatu pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan apabila didaftarkan kumpulan orang itu sebagai suatu pertubuhan seni mempertahankan diri di bawah Akta ini, kumpulan orang itu hendaklah disifatkan telah didaftarkan juga sebagai suatu pertubuhan di bawah Akta

Pertubuhan 1966.

Pertubuhan Seni Mempertahankan Diri 19

(2)

Ungkapan “pertubuhan” dalam Akta Pertubuhan 1966

hendaklah melainkan jika konteks Akta ini menghendaki makna yang lain, disifatkan termasuk suatu pertubuhan seni mempertahankan diri yang didaftarkan di bawah Akta ini dan kuasa Menteri yang bertanggungjawab bagi pendaftaran pertubuhan untuk membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen 67 Akta Pertubuhan 1966

hendaklah disifatkan meliputi dan termasuk pertubuhan seni mempertahankan diri yang didaftarkan di bawah Akta ini.

Kesan pembatalan di bawah Akta Pertubuhan dan Akta ini atas pertubuhan dan pertubuhan seni mempertahankan diri