Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(a)
suatu syarikat, tiap-tiap orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah pengarah, pengurus besar, pengurus, setiausaha atau pegawai lain syarikat itu yang berkenaan dengan pengurusan syarikat itu dalam Malaysia atau yang dikatakan bertindak selaku pemegang mana-mana jawatan itu; atau
(b)
suatu pertubuhan, tiap-tiap orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah seorang pemegang jawatan atau seorang yang mengurus atau membantu dalam pengurusan pertubuhan itu, hendaklah disifatkan melakukan kesalahan itu dan boleh diambil langkah perbicaraan terhadapnya dan dihukum dengan sewajarnya:
Dengan syarat bahawa adalah menjadi suatu pembelaan bagi orang itu, jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan dia telah menjalankan segala usaha untuk mencegah kesalahan itu daripada berlaku sebagaimana yang sepatutnya telah dijalankannya dengan mengambil kira jenis fungsinya dan semua keadaan lain.
(2)
Bagi maksud seksyen ini—
(a)
“syarikat” termasuklah—
(i)
mana-mana syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 1965;
(ii)
suatu firma atau persatuan orang perseorangan lain; dan 22
Undang-Undang Malaysia
(iii)
seseorang biasa dan orang perseorangan yang didaftarkan atau dilesenkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di
Malaysia yang berhubungan dengan pendaftaran atau pelesenan perniagaan;
(b)
“pemegang jawatan” ertinya mana-mana orang yang merupakan yang dipertua atau naib yang dipertua, atau setiausaha atau bendahari sesuatu pertubuhan atau mana-mana cawangan pertubuhan itu atau yang merupakan seorang anggota jawatankuasa atau badan pentadbir pertubuhan itu atau mana-mana cawangan pertubuhan itu atau yang memegang dalam pertubuhan itu atau cawangan pertubuhan itu apa-apa jawatan atau kedudukan yang seakan-akan sama dengan jawatan yang disebut di atas.
(3)
Jika ejen atau pekhidmat seseorang (orang itu adalah kemudian daripada ini dalam seksyen ini disebut “prinsipal”) membuat apa-apa atau meninggalkan daripada membuat apa-apa (yang jika dibuat atau ditinggalkan daripada dibuat oleh prinsipal itu akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini) prinsipal itu hendaklah, walaupun dia tidak mengetahui kesalahan itu disifatkan melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman bagi kesalahan itu:
Dengan syarat bahawa adalah menjadi suatu pembelaan bagi prinsipal itu, jika dia membuktikan—
(a)
bahawa perbuatan atau peninggalan yang diadukan bukan dalam ruang lingkup biasa pekerjaan ejen atau pekhidmat itu; dan
(b)
bahawa prinsipal itu tidak membenarkan atau mengesahkan kemudiannya perbuatan atau peninggalan itu.
(4)
Jika ejen atau pekhidmat bagi prinsipal itu membuat apa-apa atau meninggalkan daripada membuat apa-apa (yang jika dibuat atau ditinggalkan daripada dibuat oleh prinsipal itu boleh menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini) ejen atau pekhidmat itu melakukan kesalahan itu juga.
(5)
Peruntukan seksyen ini adalah sebagai tambahan kepada dan tidak mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain Akta ini.
Pertubuhan Seni Mempertahankan Diri 23
Penggeledahan dan pemeriksaan tanpa waran