Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
Peraturan-peraturan
(a)
menetapkan cara latihan dan standard yang hendaklah dicapai oleh seseorang sebelum dia boleh mencapai apa-apa gred dalam apa-apa seni mempertahankan diri atau sebelum dia boleh didaftarkan sebagai seorang pengajar;
(b)
menetapkan peperiksaan yang orang itu dikehendaki lulus sebelum dia boleh mencapai apa-apa gred dalam apa-apa seni mempertahankan diri atau melayakkan dirinya sebagai pengajar;
(c)
menyatakan kelayakan yang didapati di dalam atau luar negeri yang boleh diiktiraf;
(d)
menubuhkan dan mengawal selia pusat bagi mempelajari, mengamalkan dan mengajar apa-apa seni mempertahankan diri;
(e)
menetapkan fi dan mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada pembayaran fi itu; dan
(f)
menetapkan kesalahan dan mengadakan peruntukan hukuman baginya, hukuman itu tidak boleh melebihi denda satu ribu ringgit atau pemenjaraan yang tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(2)
Menteri yang bertanggungjawab bagi pendaftaran pertubuhan boleh, selepas berunding dengan Menteri, membuat peraturan-peraturan untuk—
(a)
menetapkan cara pendaftaran dan borang yang hendaklah digunakan;
(b)
melarang, menyekat atau mengawal selia penggunaan bendera, lambang, simbol, lencana dan apa-apa lambang kebesaran oleh pertubuhan, syarikat, atau mana-mana kumpulan orang lain dan pengajar yang didaftarkan di bawah Akta ini; dan
Pertubuhan Seni Mempertahankan Diri 25
(c)
menetapkan kesalahan dan mengadakan peruntukan hukuman baginya, hukuman itu tidak boleh melebihi denda satu ribu ringgit atau pemenjaraan yang tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.