Malaysia legislation

Section 2

of AKTA PERTUBUHAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI 1976

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —

“mempelajari” ertinya mempelajari apa-apa gaya seni mempertahankan diri sama ada pada seseorang pengajar atau selainnya dan termasuklah mengamalkan mana-mana senaman bagi apa-apa gaya seni mempertahankan diri itu;

6

Undang-Undang Malaysia

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab atas sukan;

“seni mempertahankan diri” atau “apa-apa gaya seni mempertahankan diri”ertinya mana-mana seni mempertahankan diri yang dinyatakan dalam Jadual Pertama atau mana-mana gabungan daripadanya dan apa-apa gaya latihan jasmani lain yang dengan mempelajari atau mengamalkannya akan membolehkan pelaku itu mendapat kemahiran untuk mempertahankan dirinya secara jasmani terhadap serangan bersenjata atau tidak bersenjata:

Dengan syarat bahawa walau apa pun takrif “seni mempertahankan diri” itu Menteri boleh dengan perintah yang disiarkan dalam Warta meminda Jadual Pertama;

“tempat belajar” ertinya tempat belajar yang didaftarkan di bawah seksyen 13 yang apa-apa gaya seni mempertahankan diri akan dipelajari oleh suatu pertubuhan seni mempertahankan diri;

“tempat mengajar” ertinya tempat mengajar yang didaftarkan di bawah seksyen 16 selain suatu tempat belajar, yang apa-apa gaya seni mempertahankan diri diajarkan kepada anggota pertubuhan seni mempertahankan diri oleh seseorang pengajar yang didaftarkan.