Malaysia legislation

Section 4

of AKTA PERTUBUHAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI 1976

Seksyen 4

(a)

pada amnya untuk menasihati Menteri mengenai perkara yang berkaitan dengan seni mempertahankan diri; dan

Pertubuhan Seni Mempertahankan Diri 7

(b)

untuk menasihati Menteri mengenai apa-apa perkara yang dirujuk kepada Majlis oleh Menteri.

(2)

Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:

(a)

seorang Pengerusi;

(b)

seorang Timbalan Pengerusi;

(c)

tidak kurang daripada lapan orang tetapi tidak lebih daripada lima belas orang anggota yang dipilih daripada kalangan orang yang dicalonkan oleh berbagai-bagai badan yang berkenaan dengan seni mempertahankan diri atau jika tidak ada pencalonan yang dibuat dalam tempoh tiga bulan dari tarikh mula berjalan berkuat kuasanya Akta ini, daripada kalangan orang yang difikirkan patut oleh

Menteri;

(d)

tidak kurang daripada lima orang tetapi tidak lebih daripada lapan orang anggota daripada Kementerian yang pada pendapat Menteri adalah perlu diwakili.

(3)

Menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan (2)(c), melantik seorang menjadi anggota silih ganti untuk hadir sebagai ganti anggota itu pada mesyuarat-mesyuarat

Majlis yang tidak dapat dihadiri oleh anggota itu atas apa-apa sebab.

(4)

Apabila menghadiri mesyuarat Majlis, seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai seorang anggota Majlis. Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota berkenaan dengannya dia menjadi anggota silih ganti terhenti menjadi ahli Majlis.

Tempoh dan syarat pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan