Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(2)
Sesuatu badan penilaian pematuhan boleh memohon bagi pendaftaran dengan mengemukakan permohonan bertulis kepada Pihak Berkuasa mengikut cara yang ditetapkan.
(3)
Sesuatu permohonan boleh ditarik balik pada bila-bila masa oleh pemohon sebelum permohonan itu diluluskan atau ditolak oleh Pihak
Berkuasa.
(4)
Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertai dengan fi permohonan yang ditetapkan dan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
(5)
Pihak Berkuasa boleh, secara bertulis, pada bila-bila masa selepas diterima permohonan di bawah subseksyen (2), meminta pemohon memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan mengenai permohonan itu kepada Pihak Berkuasa dalam tempoh yang ditentukan dalam permintaan itu.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 737
(6)
Jika apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (5) tidak diberikan oleh pemohon dalam tempoh yang ditentukan dalam permintaan itu atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak boleh diteruskan lagi, tetapi tanpa menjejaskan hak pemohon untuk membuat permohonan baru.
Pendaftaran dan keengganan untuk mendaftarkan badan penilaian pematuhan