Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
(2)
,
Pihak
Berkuasa boleh membatalkan pendaftaran sesuatu badan penilaian pematuhan yang—
(a)
telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
(b)
telah memungkiri mana-mana syarat pendaftaran; atau
(c)
telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(2)
Sebelum pendaftaran sesuatu badan penilaian pematuhan dibatalkan di bawah subseksyen (1), Pihak Berkuasa hendaklah, melalui notis secara bertulis, memberikan peluang kepada badan penilaian pematuhan itu untuk menunjuk sebab terhadap pembatalan itu, dan sementara menunggu keputusan mengenai pembatalan itu, semua penilaian apa-apa peranti perubatan oleh badan penilaian pematuhan itu hendaklah digantung bermula dari tarikh penerimaan notis itu oleh badan penilaian pematuhan itu.
(3)
Sesuatu badan penilaian pematuhan yang pendaftarannya dibatalkan tidak berhak kepada apa-apa pampasan bagi apa-apa kerugian yang disebabkan kepadanya oleh pembatalan itu dan tidak berhak kepada apa-apa pembayaran balik fi pendaftaran yang ditetapkan yang telah dibayar di bawah seksyen 12.