Malaysia legislation

Section 24

of *AKTA PERANTI PERUBATAN 2012

Seksyen 24

(2)

Pihak Berkuasa hendaklah, apabila fi yang ditetapkan dibayar, membaharui sesuatu lesen establismen kecuali dalam hal keadaan yang berikut:

(a)

pemegang lesen telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(b)

pemegang lesen telah memungkiri mana-mana syarat lesen establismen;

(c)

pemegang lesen telah mendapatkan lesen establismen secara tidak patut atau tidak sah; atau

(d)

pemegang lesen telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(3)

Pihak Berkuasa boleh meminta pemegang lesen supaya memberikan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang dikehendaki bagi permohonan pembaharuan lesen itu dalam tempoh yang ditentukan dalam permintaan itu.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 737

(4)

Walau apa pun subseksyen (2), jika maklumat, butir-butir atau dokumen yang diminta di bawah subseksyen (3) tidak diberikan oleh pemegang lesen dalam tempoh yang ditentukan dalam permintaan itu atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan, Pihak Berkuasa boleh tidak membaharui lesen establismen itu.

Kesan menggantung, membatalkan, menyerah balik atau tidak membaharui lesen establismen

Section 24 — MEDICAL DEVICE ACT 2012 | mylaw.my