Malaysia legislation
Section 35
Seksyen 35
(2)
Pihak Berkuasa hendaklah, apabila fi yang ditetapkan dibayar, membaharui sesuatu permit peranti perubatan yang ditetapkan kecuali dalam hal keadaan yang berikut:
(a)
pemegang permit telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
(b)
pemegang permit telah memungkiri mana-mana syarat permit peranti perubatan yang ditetapkan;
(c)
pemegang permit telah mendapatkan permit peranti perubatan yang ditetapkan secara tidak patut atau tidak sah; atau
(d)
pemegang permit telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Peranti Perubatan 29
(3)
Pihak Berkuasa boleh meminta pemegang permit supaya memberikan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang dikehendaki bagi permohonan pembaharuan permit itu dalam tempoh yang ditentukan dalam permintaan itu.
(4)
Walau apa pun subseksyen (2), jika maklumat, butir-butir atau dokumen yang diminta di bawah subseksyen (3) tidak diberikan oleh pemegang permit dalam tempoh yang ditentukan dalam permintaan itu atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan, Pihak Berkuasa boleh tidak membaharui permit peranti perubatan yang ditetapkan itu.
Kesan menggantung, membatalkan, menyerah balik atau tidak membaharui permit peranti perubatan yang ditetapkan