Malaysia legislation

Section 36

of *AKTA PERANTI PERUBATAN 2012

Seksyen 36

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Pihak Berkuasa boleh, pada bila-bila masa selepas penggantungan, pembatalan, penyerahan balik atau tidak membaharui sesuatu permit peranti perubatan yang ditetapkan, memberikan apa-apa arahan kepada pemegang permit yang difikirkannya perlu demi kepentingan kesihatan dan keselamatan awam, dan pemegang permit itu hendaklah mematuhi semua arahan sedemikian.

(3)

Pemegang permit yang permit peranti perubatan yang ditetapkannya itu—

(a)

digantung, dibatalkan atau tidak dibaharui tidak berhak kepada apa-apa pampasan bagi apa-apa kerugian yang disebabkan kepadanya oleh penggantungan, pembatalan atau hal tidak membaharui permit peranti perubatan yang ditetapkan itu; dan

(b)

dibatalkan tidak berhak kepada apa-apa pembayaran balik fi permit peranti perubatan yang ditetapkan yang telah dibayar di bawah seksyen 30.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 737

(4)

Mana-mana pemegang permit yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak lebih daripada satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.