Malaysia legislation

Section 40

of *AKTA PERANTI PERUBATAN 2012

Seksyen 40

Pelaporan masalah mandatori

(a)

berhubungan dengan kegagalan peranti perubatan itu atau kemerosotan dalam keberkesanannya, atau apa-apa kekurangan dalam pelabelannya atau pada petunjuk bagi penggunaannya dan laporan sedemikian hendaklah dibuat dalam masa tiga puluh hari dari penemuan itu;

(b)

telah mengakibatkan kematian atau kemerosotan yang serius pada tahap kesihatan seseorang pesakit, pengguna atau orang lain, atau yang boleh menyebabkan sedemikian jika insiden itu berlaku lagi dan laporan sedemikian hendaklah dibuat dalam tempoh sepuluh hari dari penemuan itu; atau

(c)

mempunyai ancaman serius pada kesihatan awam dan laporan sedemikian hendaklah dibuat dalam masa empat puluh lapan jam dari penemuan itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 737

Tindakan pembetulan di lapangan