Malaysia legislation

Section 42

of *AKTA PERANTI PERUBATAN 2012

Seksyen 42

(2)

Establismen hendaklah, pada atau sebelum menjalankan sesuatu panggilan balik peranti perubatan, memberikan maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.

(3)

Establismen hendaklah, seberapa segera yang mungkin selepas selesainya sesuatu panggilan balik, melaporkan kepada Pihak Berkuasa hasil panggilan balik itu dan apa-apa tindakan yang diambil untuk mencegah masalah itu daripada berulang.

(4)

Walau apa pun subseksyen (1), Pihak Berkuasa boleh mengarahkan establismen supaya memanggil balik mana-mana peranti perubatan pada bila-bila masa atas sebab keselamatan pesakit dan kesihatan awam.

Peranti Perubatan 33