Malaysia legislation
Section 43
Seksyen 43
(a)
selamat dan berkesan;
(b)
digunakan mengikut maksud yang diniatkan baginya;
(c)
digunakan mengikut arahan pembuat; dan
(d)
dipasang, diuji, ditauliahkan dan disenggarakan dengan sewajarnya.
(2)
Seseorang—
(a)
yang menggunakan atau mengendalikan sesuatu peranti perubatan ke atas pihak ketiga; atau
(b)
yang memasang, menguji, mentauliahkan, menyenggarakan dan melupuskan sesuatu peranti perubatan, hendaklah mempunyai kelayakan dan kompetensi sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
(3)
Seseorang yang menggunakan atau mengendalikan sesuatu peranti perubatan ke atas pihak ketiga hendaklah memberhentikan peranti perubatan itu daripada beroperasi apabila peranti perubatan itu tidak lagi selamat dan berkesan untuk digunakan.
(4)
Sesuatu peranti perubatan yang telah diberhentikan daripada beroperasi di bawah subseksyen (3) hendaklah dipindahkan dan dilupuskan mengikut cara yang selamat yang menghapuskan atau mengurangkan apa-apa—
(a)
bahaya kecederaan;
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 737
(b)
bahaya pencemaran dengan bahan biologi atau bahan kontaminasi lain;
(c)
bahaya kerosakan alam sekitar; dan
(d)
bahaya untuk peranti perubatan itu digunakan semula.
(5)
Pihak Berkuasa boleh mengeluarkan arahan, perintah atau garis panduan untuk menentukan langkah yang hendaklah diambil sekiranya berlaku suatu kecemasan atau insiden semasa penggunaan, pengendalian, pemasangan, pengujian, pentauliahan, penyenggaraan dan pelupusan peranti perubatan.
(6)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2), (3) atau (4)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Pengiklanan