Malaysia legislation
Section 45
Seksyen 45
(2)
Pihak Berkuasa boleh, selepas menimbangkan permohonan di bawah subseksyen (1), mengeluarkan atau enggan untuk mengeluarkan suatu permit untuk mengeksport suatu peranti perubatan yang didaftarkan.
(3)
Jika Pihak Berkuasa memutuskan untuk mengeluarkan suatu permit eksport, Pihak Berkuasa boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya sesuai.
(4)
Sesuatu establismen hendaklah mematuhi syarat yang dikenakan oleh
Pihak Berkuasa ke atas permit eksport.
(5)
Mana-mana establismen yang melanggar subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Pembatalan permit eksport