Malaysia legislation
Section 46
Seksyen 46
(a)
pemegang permit telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
(b)
pemegang permit telah memungkiri mana-mana syarat permit itu;
(c)
permit eksport itu telah dikeluarkan hasil daripada maklumat yang palsu, mengelirukan atau tidak tepat;
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 737
(d)
pemegang permit telah mendapatkan permit itu dengan cara yang tidak patut atau tidak sah; atau
(e)
pemegang permit telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(2)
Apabila Pihak Berkuasa memberitahu pemegang permit mengenai pembatalan permit eksportnya, pemegang permit itu hendaklah dengan serta-merta menyerahkan balik permit eksport itu.
(3)
Mana-mana pemegang permit yang melanggar subseksyen (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(4)
Seseorang pemegang permit yang permit eksportnya dibatalkan tidak berhak kepada apa-apa pampasan bagi apa-apa kerugian yang disebabkan kepadanya oleh pembatalan permit eksport itu.