Malaysia legislation
Section 51
Seksyen 51
(a)
mana-mana premis atau pengangkut telah digunakan bagi; atau
(b)
ada di dalam mana-mana premis atau pengangkut keterangan yang perlu untuk menjalankan suatu penyiasatan mengenai, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan waran yang memberikan kuasa kepada pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalam waran itu pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, untuk memasuki premis atau pengangkut itu dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa untuk penggeledahan dan penyitaan mana-mana peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu.
(3)
Seorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada di dalam atau di, premis atau pengangkut itu.
(4)
Seorang pegawai diberi kuasa yang membuat pemeriksaan terhadap seseorang di bawah subseksyen (3) atau seksyen 52 boleh menyita atau mengambil milik, dan menyimpan dalam jagaan selamat semua benda selain pakaian yang perlu yang dijumpai pada orang itu, dan apa-apa benda yang baginya ada sebab untuk mempercayai bahawa benda itu merupakan peralatan atau keterangan lain bagi kesalahan itu boleh ditahan sehingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.
(5)
Tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang lain yang sama jantina, dan pemeriksaan sedemikian hendaklah dijalankan dengan penuh kesopanan.
Peranti Perubatan 39
(6)
Jika, oleh sebab sifat, saiz atau amaunnya, pemindahan mana-mana peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital yang disita di bawah seksyen ini tidak boleh dilaksanakan, pegawai diberi kuasa hendaklah dengan apa-apa cara mengelak peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital itu di dalam premis atau pengangkut yang di dalamnya ia dijumpai.
(7)
Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (6) atau memindahkan mana-mana peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital yang telah dilak atau cuba untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran