Malaysia legislation

Section 62

of *AKTA PERANTI PERUBATAN 2012

Seksyen 62

(2)

Apabila mana-mana saksi dipanggil bagi pihak pendakwaan atau pembelaan, selain tertuduh, mahkamah hendaklah, atas permintaan tertuduh atau pendakwa, merujuk kepada apa-apa pernyataan yang dibuat oleh saksi itu kepada pegawai diberi kuasa dalam penjalanan penyiasatan di bawah Akta ini dan boleh kemudian, jika difikirkan patut oleh mahkamah demi kepentingan keadilan, mengarahkan supaya tertuduh diberikan suatu salinan pernyataan itu dan pernyataan itu boleh digunakan untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu mengikut cara yang diperuntukkan oleh Akta Keterangan 1950 [Akta 56].

(3)

Jika tertuduh telah membuat suatu pernyataan semasa penjalanan suatu penyiasatan, pernyataan itu boleh diterima sebagai keterangan untuk menyokong pembelaannya semasa penjalanan perbicaraan.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan terpakai bagi apa-apa pernyataan yang dibuat dalam penjalanan perbarisan cam atau termasuk dalam seksyen 27 atau perenggan 32(1)(a), (i) dan (j) Akta Keterangan 1950.

(5)

Apabila mana-mana orang dipertuduh atas apa-apa kesalahan yang berhubung dengan—

(a)

pembuatan; atau

(b)

kandungan, apa-apa pernyataan yang dibuat olehnya kepada seorang pegawai diberi kuasa dalam penjalanan suatu penyiasatan yang dibuat di bawah Akta ini, pernyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam kes pendakwaan.

Pelucuthakan peranti perubatan, dsb., yang disita