Malaysia legislation

Section 63

of *AKTA PERANTI PERUBATAN 2012

Seksyen 63

Peranti Perubatan 45

(2)

Suatu perintah bagi pelucuthakan peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital yang disita dan boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 737

hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah diadakan jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital yang disita ialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

(3)

Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital yang disita di bawah Akta ini, peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital itu hendaklah diambil kira dan disifatkan terlucut hak apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian notis ke alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital disita yang menyatakan bahawa tidak ada pendakwaan berkenaan dengan peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital itu, melainkan jika sebelum habis tempoh itu suatu tuntutan baginya dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (4), (5) dan (6).

(4)

Mana-mana orang yang menuntut bahawa dia ialah pemunya peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital yang disebut dalam subseksyen (3) dan bahawa peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital itu tidak boleh dilucuthakkan boleh, secara sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis, memberikan notis bertulis kepada pegawai diberi kuasa yang dalam milikannya peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital itu dipegang bahawa dia menuntut peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital itu.

(5)

Apabila notis di bawah subseksyen (4) diterima, pegawai diberi kuasa hendaklah merujukkan perkara itu kepada Majistret bagi keputusannya.

Peranti Perubatan 47

(6)

Majistret yang perkara itu dirujukkan kepadanya di bawah subseksyen

(5)

hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menuntut bahawa dia ialah pemunya peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital itu dan orang yang daripadanya peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital itu disita untuk hadir di hadapan Majistret itu, dan apabila mereka hadir atau apabila mereka tidak hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya,

Majistret hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan, apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital yang disita ialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, Majistret hendaklah memerintahkan supaya peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital itu dilucuthakkan, dan hendaklah, jika tidak ada bukti sedemikian, memerintahkan pelepasannya.

(7)

Apa-apa peranti perubatan, buku, dokumen, data berkomputer, radas, kelengkapan, peranti, jentera, kenderaan, perkara atau benda termasuklah dalam bentuk digital yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah diserahkan kepada Pihak Berkuasa dan hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa.

(8)

Pihak Berkuasa boleh mengarahkan supaya apa-apa benda yang disita di bawah Akta ini dijual pada bila-bila masa dan hasil penjualan itu dipegang sementara menunggu keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan di bawah seksyen ini jika—

(a)

benda itu adalah daripada jenis yang mudah binasa atau yang mengikut tabiinya lekas rosak;

(b)

penjagaan benda itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah; atau

(c)

benda itu dipercayai menyebabkan halangan atau membahayakan orang ramai.

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 737

Kuasa menangkap