Malaysia legislation
Section 74
Seksyen 74
Mana-mana orang yang boleh dikenakan apa-apa penalti di bawah Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu dilakukan olehnya sendiri boleh dikenakan penalti yang sama jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu dilakukan oleh pekongsi, ejen atau pekhidmatnya melainkan jika dia membuktikan—
(a)
bahawa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau pembiarannya; dan
(b)
bahawa dia telah mengambil segala langkah pencegahan yang munasabah dan telah menjalankan usaha yang wajar untuk mengelakkan perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu.
Penyampaian dokumen