Malaysia legislation

Section 75

of *AKTA PERANTI PERUBATAN 2012

Seksyen 75

(a)

dengan menghantar serah dokumen itu kepada orang itu atau dengan menghantar serah dokumen itu kepada seseorang anggota

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 737

keluarganya yang dewasa di tempat kediaman orang itu yang terakhir diketahui;

(b)

dengan meninggalkan dokumen itu di tempat kediaman atau tempat perniagaan orang itu yang lazim atau yang terakhir diketahui dalam suatu sampul yang dialamatkan kepada orang itu; atau

(c)

dengan menghantar dokumen itu melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada orang itu di tempat kediamannya atau tempat perniagaannya yang lazim atau yang terakhir diketahui.

(2)

Sesuatu dokumen yang dikehendaki disampaikan kepada pemunya atau penghuni mana-mana premis—

(a)

hendaklah disifatkan telah dialamatkan dengan sepatutnya jika dialamatkan dengan perihalan “pemunya” atau “penghuni” premis itu; dan

(b)

boleh disampaikan—

(i)

dengan menghantar serah dokumen itu kepada seorang dewasa yang berada di premis itu; atau

(ii)

jika tiada orang sedemikian di premis itu yang kepadanya dokumen itu boleh dengan usaha yang munasabah dihantarserahkan, melalui pengiklanan sekurang-kurangnya dalam satu akhbar tempatan.

Perisytiharan palsu