Malaysia legislation

Section 9

of *AKTA PERANTI PERUBATAN 2012

Seksyen 9

(a)

telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(b)

telah memungkiri mana-mana syarat pendaftaran; atau 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 737

(c)

telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(2)

Sebelum pendaftaran sesuatu peranti perubatan dibatalkan di bawah subseksyen (1), Pihak Berkuasa hendaklah, dengan notis secara bertulis, memberikan peluang kepada establismen yang atas permohonannya peranti perubatan itu didaftarkan untuk menunjuk sebab terhadap pembatalan itu, dan sementara menunggu keputusan mengenai pembatalan itu, semua pengimportan atau perbekalan peranti perubatan itu oleh establismen itu hendaklah digantung bermula dari tarikh penerimaan notis itu oleh establismen itu.

(3)

Sesuatu establismen yang pendaftaran peranti perubatannya dibatalkan tidak berhak kepada apa-apa pampasan bagi apa-apa kerugian yang disebabkan kepadanya oleh pembatalan itu dan tidak berhak kepada apa-apa pembayaran balik fi pendaftaran yang ditetapkan yang telah dibayar di bawah seksyen 7.