Malaysia legislation

Section 2

of Menurut kehendak Seksyen 55(6) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) Anggaran Belanjawan Tahun 2001 bagi Majlis Daerah Kerian, Perak

Seksyen 2

Pengauditan telah dilaksanakan mengikut Akta Audit 1957 dan Seksyen 60 Akta Kerajaan Tempatan, 1976 berpandukan Piawaian Pengauditan

Antarabangsa. Piawaian-piawaian tersebut mengehendaki pengauditan dirancang dan dilaksanakan untuk mendapat kepastian yang munasabah sama ada penyata kewangan Majlis Daerah Manjung adalah bebas daripada kesilapan atau ketinggalan yang ketara. Pengauditan itu termasuk memeriksa rekod-rekod secara semak uji, menyemak bukti-bukti yang menyokong angka-angka dan memastikan penzahiran yang mencukupi dalam penyata kewangan. Penilaian juga dibuat terhadap prinsip-prinsip perakaunan yang digunakan dan penyampaian penyata kewangan secara keseluruhan.