Malaysia legislation
Section 2
of Menurut Perintah Pentadbir Tanah Perlis bertarikh 3 Jun 2002 adalah dengan ini saya
Seksyen 2
Peraturan jualan adalah seperti yang diperuntukkan di bawah kaedah tanah Perlis 1987:
(i)
Jualan hendaklah dijalankan di bawah arahan Pentadbir Tanah.
(ii)
Bagi penawar-penawar yang berminat adalah dikehendaki mendeposit 10%
daripada harga rizab dalam bentuk bank deraf di atas nama pemegang gadaian dan diserahkan semasa mendaftar sebagai penawar. Pendaftaran sebagai penawar akan ditutup 30 minit sebelum masa lelongan bermula.
(iii)
Baki wang belian hendaklah dibayar oleh pembeli dalam satu ratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan kepada pemegang gadaian.
(iv)
Tiada sebarang lanjutan tempoh yang dibenarkan sekiranya pembeli gagal menjelaskan baki wang belian selepas tamat tempoh satu ratus dua puluh
(120)
hari.
(v)
Deposit 10% yang diterima akan dikembalikan kepada penawar yang tidak berjaya sebaik sahaja lelong ditutup.
WARTA KERAJAAN NEGERI PERLIS
94
[29 Ogos 2002