Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA PERKAPALAN SAUDAGAR (PENCEMARAN MINYAK) 1994

Seksyen 10

Penghapusan tuntutan

Tiada tindakan untuk menguatkuasakan suatu tuntutan berkenaan dengan liabiliti yang ditanggung di bawah seksyen 3 atau 3A boleh dipertimbangkan oleh mana-mana Mahkamah di Malaysia melainkan jika tindakan itu dimulakan dalam tempoh tiga tahun dari tarikh berlakunya kerosakan pencemaran itu atau dalam tempoh enam tahun dari tarikh insiden yang menyebabkan kerosakan pencemaran itu, dan jika insiden itu terdiri daripada suatu siri kejadian, tempoh enam tahun itu hendaklah bermula dari tarikh kejadian sedemikian yang pertama.

Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi

Minyak dan Minyak Bunker) 21

Section 10 — MERCHANT SHIPPING (OIL POLLUTION) ACT 1994