Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PERKAPALAN SAUDAGAR (PENCEMARAN MINYAK) 1994

Seksyen 2

(a)

berhubung dengan liabiliti yang ditanggung di bawah seksyen 3, ertinya mana-mana vesel laut dan lancang laut daripada apa-apa jenis yang dibina atau diubah suai untuk membawa minyak secara pukal sebagai kargo, dengan syarat bahawa kapal yang berupaya membawa minyak dan kargo lain hendaklah dianggap sebagai kapal hanya apabila kapal itu sebenarnya membawa minyak secara pukal sebagai kargo dan semasa dalam mana-mana pelayaran berikutan dengan pelayaran itu yang membawa minyak melainkan jika dibuktikan bahawa tidak ada baki daripada minyak yang dibawa secara pukal di atas kapal; atau

(b)

berhubung dengan liabiliti yang ditanggung di bawah seksyen 3A, ertinya mana-mana vesel laut dan lancang laut daripada apa-apa jenis;

“kerosakan pencemaran” ertinya—

(a)

kerugian atau kerosakan di luar kapal yang disebabkan oleh pencemaran akibat daripada pelepasan atau pertumpahan minyak atau minyak bunker daripada kapal, di mana-mana jua pelepasan atau pertumpahan itu berlaku, dengan syarat bahawa pampasan bagi kerosakan alam sekitar selain kehilangan keuntungan daripada kerosakan itu hendaklah terhad kepada kos bagi langkah pemulihan yang munasabah yang sebenarnya diambil atau akan diambil; dan

Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi

Minyak dan Minyak Bunker) 9

(b)

kos bagi langkah pencegahan dan kerugian atau kerosakan lanjut yang disebabkan oleh langkah pencegahan;

“Konvensyen

Bunkers”

ertinya

Konvensyen

Antarabangsa mengenai Liabiliti Sivil bagi Kerosakan Pencemaran Minyak Bunker 2001 yang ditandatangani di London pada 23 Mac 2001;

“Konvensyen

Liabiliti”

ertinya

Konvensyen

Antarabangsa mengenai Liabiliti Sivil bagi Kerosakan Pencemaran Minyak yang ditandatangani di London pada 27 November 1992;

“langkah pencegahan” ertinya apa-apa langkah munasabah yang diambil oleh mana-mana orang selepas berlakunya sesuatu insiden untuk mencegah atau meminimumkan kerosakan pencemaran;

“laut wilayah” ertinya perairan wilayah Malaysia yang ditentukan mengikut Ordinan No. 7 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1969 [P.U.

(A)

307A/1969];

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah

Tinggi di Sabah dan Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkapalan saudagar;

“minyak”, kecuali dalam Bahagian III, ertinya apa-apa minyak mineral hidrokarbon tegar seperti minyak mentah, minyak bahan api, minyak diesel berat dan minyak pelincir, sama ada dibawa di atas kapal sebagai kargo atau dalam bunker kapal sedemikian;

“minyak bunker” ertinya mana-mana minyak mineral hidrokarbon, termasuk minyak pelincir, yang digunakan atau diniat untuk digunakan bagi operasi atau pendorongan kapal, dan apa-apa baki daripada minyak itu;

“nakhoda” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 [Ord. 70 tahun 1952];

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 515

“negara Konvensyen Bunkers” ertinya sesuatu negara yang berkenaan dengannya Konvensyen Bunkers berkuat kuasa;

“negara Konvensyen Liabiliti” ertinya sesuatu negara yang berkenaan dengannya Konvensyen Liabiliti berkuat kuasa;

“orang” ertinya mana-mana individu atau perkongsian atau mana-mana badan awam atau persendirian, sama ada perbadanan atau bukan perbadanan, termasuklah sesuatu Negara atau mana-mana subbahagian juzuknya;

“pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai pelabuhan sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Ordinan Perkapalan

Saudagar 1952 atau mana-mana pegawai diberi kuasa di bawah seksyen 25;

“pelabuhan” ertinya—

(a)

sesuatu pelabuhan atau tempat yang diisytiharkan sebagai pelabuhan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952

atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain;

(b)

sesuatu tempat yang ditetapkan sebagai pelabuhan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 Sabah [Ord.

Sabah No.11 tahun 1960], Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 Sarawak [Ord. Sarawak No.2 tahun 1960] dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;

“pemunya”—

(a)

berhubung dengan sesuatu kapal yang menanggung liabiliti di bawah seksyen 3, ertinya pemunya berdaftar; atau

(b)

berhubung dengan sesuatu kapal yang menanggung liabiliti di bawah seksyen 3A, ertinya pemunya berdaftar, pencarter kapal kosong, atau pengurus dan pengendali kapal itu;

Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi

Minyak dan Minyak Bunker) 11

“pemunya berdaftar” ertinya orang yang didaftarkan sebagai pemunya kapal atau, sekiranya tiada pendaftaran, orang yang menjadi pemunya kapal itu, kecuali bahawa berhubungan dengan kapal yang dipunyai oleh sesuatu Negara dan dikendalikan oleh suatu syarikat yang di dalam Negara itu didaftarkan sebagai pengendali kapal itu,

“pemunya berdaftar” hendaklah bererti syarikat sedemikian;

“Pengarah Laut” ertinya Pengarah Laut yang dilantik di bawah subseksyen 8(1) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952;

“pepasangan pangkalan”

ertinya mana-mana tempat bagi menyimpan minyak secara pukal yang boleh menerima minyak daripada pengangkutan air, termasuklah apa-apa kemudahan yang terletak di luar pesisir dan dihubungkan dengan mana-mana tempat itu;

“zon ekonomi eksklusif”, berhubung dengan Malaysia, ialah zon ekonomi eksklusif yang ditentukan di bawah Akta Zon Ekonomi

Eksklusif 1984 [Akta 311].

(2)

Berhubungan dengan apa-apa kerosakan pencemaran yang disebabkan oleh sesuatu kapal, sebutan mengenai pemunya kapal itu dalam Akta ini ialah sebutan mengenai pemunya pada masa insiden itu atau, jika insiden itu terdiri daripada suatu siri kejadian yang mempunyai punca yang sama, ialah sebutan mengenai pemunya pada masa kejadian yang pertama itu.

(3)

Bagi maksud Akta ini—

(a)

sebutan mengenai mana-mana kawasan di Malaysia termasuklah laut wilayah Malaysia dan zon ekonomi eksklusif Malaysia dan sebutan mengenai mana-mana kawasan mana-mana negara Konvensyen Liabiliti atau negara Konvensyen Bunkers yang lain termasuklah laut wilayah dan zon ekonomi eksklusif negara Konvensyen

Liabiliti atau negara Konvensyen Bunkers itu; dan

(b)

sebutan mengenai zon ekonomi eksklusif sesuatu Negara ialah sebutan mengenai zon ekonomi eksklusif negara itu

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 515

yang diwujudkan mengikut undang-undang antarabangsa, atau, jika zon itu belum diwujudkan, suatu kawasan bersempadan dengan laut wilayah negara itu yang ditentukan oleh negara itu mengikut undang-undang antarabangsa dan meliputi tidak lebih daripada 200 batu nautika dari garis dasar yang darinya lebar laut wilayah itu diukur.

(4)

Bagi maksud Akta ini, tanan kapal ialah tanan kasar yang dikira mengikut peraturan peraturan pengukuran tanan yang terkandung dalam lampiran I Konvensyen Antarabangsa mengenai Sukatan

Tanan Kapal yang ditandatangani di London pada 23 Jun 1969.